Friday, July 04, 2014

Bazaar Ramadhan: Jalan Pintas Cari Makan │Tips Ketika Berada Di Bazaar Ramadhan.

Bila sebut saja Bazaar Ramadhan, ai sure ramai yang tahu apa itu Bazaar Ramadhan ? Dimana Bazaar yang paling gempaq sekali ? Apa juadah yang paling havoc ? Dan macam-macam lah, pendek kata majority daripada kita semua pun tahu, yang setiap kali tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak, rata-rata peniaga akan crab peluang ni untuk dapat kan keuntungan yang berlipat kali ganda. Ahaaa bukan saja amalan ibadah nak dilipat gandakan , jualan pun , malah yang dapat triple pun ade , Alhamdulillah rezeki masing-masing , sapa kita untuk persoalkan rezeki pemberian ALLAH SWT. Mensyukuri nikmat  pemberian dan kurniannya, adalah semolek-moleknya, Alhamdulillah ;))

Disini ada beberapa tips ai nak kongsikan dengan korang semasa berada/berkunjung ke bazaar, kata orang tu “sediakan payung sebelum hujan”, jangan dah terkena baru nak beringat. Sama-sama lah kita ingat-mengingati, semoga hidup kita lebih diberkati, in shaa Allah… Amiin ^_^


TIPS KETIKA BERADA DI BAZAAR RAMADHAN 


PERUNTUKKAN BAJET
Korang taw tak yang duit tu berhantu ? Tiap kali keluar tak sedar bila habisnya, nak-nak lagi kalo pegi tempat yang penuh dengan dugaan, kompom banyak yang “Terbang melayang” macam layang-layang… kan kan ? hmm.. ai cadangkan, masa korang nak keluar tu, pastikan duit yang dibawa bersama cukup-cukup je, tak lebih dan tak kurang. Contohnya sebelum turun kereta, kat tangan ai dah standby sesiap duit. Habis duit tu, habis la … haa haaa.. jimat kan ? hmmm ..

JANGAN MEMBAZIR
Tak dinafikan, godaan ketika berada di bazaar memang susah nak ditepis. Ada saja yang terliur, walahal sebelum ni tak pun, mungkin kerana nafsu makan, semua pun nampak sedap, menarik mata memandang. Harus diingatkan ya, ALLAH SWT tak suka dan benci hambanya melakukan pembaziran, kerana sifat-sifat tersebut adalah sifat semula jadi “Syaitan-syaitan nirojin” … MasyaAllah, selisih Malaikat 44, janganlah kita bersifat sedemikian .. Nauzubillah min zalik 

PERHATIKAN PERSEKITARAN GERAI
Pastikan setiap gerai yang kita kunjungi adalah bersih. Maksud bersih bukan bererti hanya pada keadaan sesebuah gerai tu saja, malah juga pada cara penyediaan juadah yang dijual. Contohnya, katakan ai pergi ke gerai jual lauk pauk, sebelum beli ai akan tengok dulu samada juadah tersebut ok ke tidak .. maksudnya kalo gerai tu banyak lalat, serangga-serangga dan seumpama dengannya ada bertandang kat gerai tu, alamatnya memang tak lah kan ai nak beli, kang tak pepasal ai sakit perut .. ahha sapa susah ? ai jugak kan .. iskhh3 takmo ai … kesian tummy ai nanti hee hee… 

BERTOLAK ANSUR
Dah nama pun Bazaar, tempat orang jalan-jalan cari makan, dah sah-sah ler ramai orang. Bila berdepan dengan situasi macam ni, sabar dan bertolak ansur lah sesama sendiri. Kalo dah nampak gerai yang nak dikunjungi tu ramai, apa lagi beratur lah, sedangkan anak-anak pun pandai beratur masa nak beli makanan, takkan kita yang dewasa ni tak boleh ? tak rugi pun, lagi besar pahalanya ada lah .. so, mulai hari ni berubah ya, beratur ikut giliran .. in shaa Allah puasa kita lagi barakah ..

Sekian. Wassalam ^_^
 
Ayam percik ni ai beli ritu, kat bazaar bk 4... sedap, murah pulak tu... besar hokeh puas makan , jimat sampai sahur pun ai boleh makan lagi.... lalalalalaaaaa....

Thursday, July 03, 2014

Ceritaku dipetang hari....


Sakit hati, nyucuk-nyucuk taw… bukan marah tapi kecik hati je dengan client ai tadi tu… melampau-lampau pulak dia … marah, cakap kekasar dengan ai… tak puasa ke hapa ? bebulan mulia macam ni, cakap benda yang bukan-bukan…. Iskhh3… tak patut betul. Sabar je la, telinga ni kalo lah boleh bercakap, mesti dia teringin nak cilikan mulut client tu, sangat biadap namanya. Ade ke patut, sesama melayu, islam pulak tu, dia boleh cakap P*****K kat ai .. hasihhh seriously ai terasa nak babap je mulut mamat tu tadi … naseb bos ai tolong , tapiiii…. tak tetap juga kena marah hokeh :(

Redha itu pasrah .. pasrah itu menyerah … makna katanya hari ni, petang ni ai redha dan pasrah dengan apa jua yang terjadi pada ai. Kena marah, maki hamun dengan client… Sedih nya aii huhu … Begini lah nasib bila terpaksa kena tahan dimarahi, di atas kesalahan orang lain…. Apa mau buat keje kan, terima je lah dengan hati yang redha dalam pasrah… walaupun kesalahan itu bukan datang nya dari ai ….

Takpe lah .. yang berlalu biar berlalu … ai pun dah lupakan pasal kejadian tadi .. ai anggap yang client tu mungkin ada salah lain, sampai terbawa-bawa kat ai … ai pun dah maafkan dia … ai terlalu sibuk untuk menyimpan dendam dan benci pada orang yang tak sayangkan ai , sebab ai terlebih pree untuk menyayangi mereka ;-)
 

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER

Assalammualaikum dan salam 5 Ramadhan.

Blog Bam Ben ade buat satu segmen Sahabat Blog @ Kelab Blogger , hmmm mmm menarik. Tujuan segmen ni diwujudkan adalah untuk mempromosikan KELAB BLOGGER di FACEBOOK .. dan paaling best syarat nak sertai segmen di senang je, hanya 2 langkah:-

1. letak logo KELAB BLOGGER .. linkkan ke sini >> http://bit.ly/d1ss19

2. letak tajuk dibawah logo tersebut >> SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER dan linkkan ke entri ini ..

Haaaa senang kan, semudah ABC je, pada yang nak mencuba tu, sila lah ^_^ ya ... hihihi ..
 
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER

Wednesday, July 02, 2014

Mee Bandung versi Spaghetti Stylo Mylo

♥♥♥ KENSHIDO INTERNATIONAL - MEGA LIFE IN MAKING ♥♥♥ 

Assalammualaikum dan salam 4 Ramadhan. 

Semalam berbuka ai buat Mee Bandung versi Spaghetti, angel hair gitu uollsss, asalnya nak guna mee kuning tapi lupa beli…  kelam kabut semalam.. balik keje tu terus ai singgah lah pi bazaar bk 4 kejap, tetiba tekak ni tingin pulak nak makan ayam percik bakar yum yum dapnya….hee hee… cari parking, makngaiii sesak giler, penuh penin dengan orang yang berpusu-pusu beli juadah untuk berbuka. Lama taw ai bertapa dalam kereta, 45 minit wokeh, naik kematu muntot ai huhuhu... tengok dorang beli macam-macam, sampai sengit mengit ler bebahu, hahah punya lah banyak memborong, ai apa pun tak beli lagi… tu sebabnya ai lupa beli... balik rumah, nak masak baru teringat yang mee kuning tak ade, selongkor punya selongkar alih-alih jumpa lah spaghetti dalam peti ais, balance ai buat spaghetti bolognese ritu... hurmmm bedal jer lah jah ooi, dari tak do langsung... lagi pun ai sorang jer pun yang makan, hubby keje balik lambat...ot kata nya, bagus-bagus standby untuk raya nanti ya hihihi... psssttt semalam kan ai nampak retis taw, Arash Mohamad, ai nampak dia bawa maknya, hemsem hihihihi…… jom la semak bahan-bahan Mee Bandung versi Spaghetti ai ni, sedap taw walaupun ai dah menderhaka pada resipi asal… rasa tetap meleetop jahh...

 Bahan kisar 
  • 5 tangkai Cili kering – potong & rebus dulu 
  • 1 labu bawang besar  
  • 4 ulas bawang putih 
Bahan-Bahan
  • 1 paket spageti – Rebus & toskan [ai rebus separuh jer]
  • 200gram Udang 
  • 200gram Sotong 
  • 3 cawan air 
  • 3 tangkai sawi
  • 1batang carrot
  • 2biji Tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar cili kisar – ikut tahap pedas yang suka
  • 2biji telur
  • 2biji kentang – buang kulit, rebus
  • Garam secukup rasa
  • Perencah knorr pasti sedap
  • Minyak untuk tumis

Caranya:-
  1. Blend bahan kisar tadi bersama dengan kentang. 
  2. Panaskan minyak dalam kuali/periuk, tumis bahan tadi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air, sawi, carrot, sos cili, sos tomato, udang, sotong dan kacau seketika hingga mendidih.
  4. Pecah telur satu persatu, biarkan sehingga telur tadi mengeras, kemudian masukkan tomato.
  5. Akhir sekali masukkan garam dan perencah secukup rasa.
  6. Siap dan sedia untuk dihidang bersama dengan spageti.   
Selamat mencuba ^_^ !!!
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...